Bandar Kuala Lumpur

Ibu kota negara Malaysia.

klia2

klia2 ialah lapangan terbang tambang murah yang baru dibuka pada 2 Mei 2014.

Jambatan Pulau Pinang

Jambatan yang paling kelima terpanjang di Asia Tenggara.

Malaysia Airlines

Syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia.

AirAsia

Syarikat Penerbangan tambang murah terbesar di Asia.

Saturday 3 May 2014

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pembangunan Negara



Menara Berkembar Petronas merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam sains dan teknologi. Dilengkapkan pada tahun 1998, menara berkembar ini merupakan visi mantan Perdana Menteri ke-4, iaitu Dr. Seri Mahathir bin Mohammad dalam usaha pemodenan Malaysia seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat supaya negara tidak ketinggalan. Menara ini direka oleh dua orang arkitek dari Argentina, César Pelli dan Djay Cerico dan menjadi bangunan tertinggi di dunia pada masa itu. Gelaran bangunan tertinggi di dunia bagi Menara Berkembar Petronas bertahan dari tahun 1998 hingga 2004, sebelum bangunan Taipei 101 di Taiwan siap dibina dan diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, menara berkembar ini masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa negara Malaysia mampu menjadi negara yang maju dan berjaya.

Bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 451.9 m dan keluasan sebanyak 395,000 meter per segi. Bangunan ini juga mempunyai 88 tingkat dan kos pembinaan kedua-dua menara menelan sebanyak RM1.6 bilion! Terdapat beberapa cirri-ciri dalam bangunan ini yang menjadi tarikan pengunjung dan antaranya ialah “Skybridge”, iaitu sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara dalam tingkat 41 dan 42. Selain menonjolkan nilai estetika menara berkembar ini, jambatan “Skybridge” ini juga berfungsi sebagai aspek keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dalam salah satu menara. Selain jambatan ini, taman KLCC yang terdapat di perkarangan bangunan ini (terletak berhampiran Suria KLCC) juga menjadi faktor tarikan pengunjung. Seluas 17 ekar, taman ini mempunyai panorama yang begitu indah walaupun terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan pelbagai kemudahan disediakan seperti jalan khas untuk berjalan atau berjoging dan taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC juga memiliki pancut air dan pertunjukan cahaya yang menjadikan taman itu amat mempesonakan bagi mereka yang mengunjung taman itu pada waktu malam.

Sememangnya Menara Berkembar Petronas merupakan kejayaan Malaysia yang terbesar pada zaman modenisasi ini dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan Malaysia yang mampu mencapai kejayaan dalam bidang sains mahupun teknologi. Sekiranya kita mengambil iktibar daripada bangunan berkembar ini, kita mampu menghasilkan kejayaan yang lebih besar lagi, selagi kita percaya bahawa “Malaysia Boleh”.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pengangkutan Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)



KLIA, seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, merupakan suatu bangunan yang menonjolkan kesenian yang unik dan menjadi teras kepada sektor pelancongan asing negara ini. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di Asia Tenggara dan menjadi lapangan terbang utama di Malaysia. Lapangan ini terletak di daerah Sepang, iaitu di Selangor dan berada 50 kilometer dari pusat Kuala Lumpur. KLIA menelan belanja sebanyak RM3.5 bilion untuk pembinaan.

Perancangan untuk pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan pada masa itu memutuskan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, atau kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, tidak mampu menampung permintaan masa hadapan dalam bidang penerbangan dan pelancongan. Kini, KLIA berupaya menampung 35 juta penumpang dan 1.2 juta tan metrik kargo setahun! Pada tahun 2007, KLIA dipangkatkan sebagai lapangan terbang ke-7 paling sibuk di Asia dan seramai 26,938,970 orang penumpang menggunakan KLIA pada tahun itu.

Terdapat beberapa kemudahan dan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan antaranya ialah Terminal 1, iaitu terminal utama KLIA. Terminal ini terletak di antara dua “runway” lapangan tersebut. Terminal itu mempunyai keluasan sebanyak 336,000 meter per segi dan sebanyak 216 kaunter pendaftaran boleh dijumpai di terminal tersebut. Dengan adanya kaunter-kaunter tersebut, operasi pendaftaran penumpang dan pembelian tiket penerbangan dapat berjalan dengan lancar. Selain Terminal 1, terminal “Satellite” A menjadi tumpuan di KLIA kerana di terminal tersebut, terdapat banyak kedai bebas cukai yang menjual barangan berjenama antarabangsa. Penumpang perlu menaiki “aerotrain” untuk ke terminal ini dan pelbagai kemudahan disediakan dalam terminal “Satellite” seperti surau, tempat mandi, dan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma. Malah, terdapat hutan hujan mini di tengah-tengah terminal tersebut untuk mempamerkan keindahan alam semulajadi di Malaysia.

Terminal Lapangan Terbang 2 (klia2)



KLIA2 adalah terminal penerbangan kos rendah terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Terminal Utama KLIA (MTB), dan mempunyai landasan sendiri dan menara kawalan trafik udara. KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan letupan dalam penerbangan tambang murah di rantau ini dan akan menggantikan KLIA Rendah Terminal Penerbangan Kos sedia ada (LCCT). KLIA2 mula operasi komersial pada 2 Mei 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT akan dipindahkan ke KLIA2 oleh 9 Mei 2014.

Dibina dengan kos kira-kira RM4 bilion (AS $ 1.3 bilion) , KLIA2 adalah terminal yang dibina terbesar di dunia khusus untuk syarikat penerbangan tambang rendah dan ia direka untuk menampung 45 juta penumpang setahun dengan keupayaan pengembangan kapasiti masa depan.

KLIA2 mempunyai kawasan binaan 257,000 meter persegi dengan 60 pintu berlepas, 8 berdiri jauh, 80 jambatan udara , ditambah dengan ruang runcit 35,000 meter persegi untuk menampung sebanyak 220 kedai runcit. Terminal itu mempunyai jambatan langit ke lapangan terbang, struktur itu yang pertama di Asia dan yang ketiga di dunia.

Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) yang bernilai RM55 juta di KLIA2 adalah ketinggian 141.3m , menjadikannya yang tertinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness. KLIA2 dilengkapi dengan 4 km landasan ( Runway 3) dengan jarak 2.2 km perpisahan dari Landasan 2 di KLIA. Ini membolehkan pesawat serentak berlepas dan mendarat di KLIA, yang pertama di rantau ini. KLIA2 adalah sebuah bangunan hijau dengan Kepimpinan dalam Tenaga & Design Alam Sekitar (LEED) yang disahkan . Ia mempunyai lebih 90 kedai makanan 24 jam dan lebih daripada 110 kedai membeli-belah.


Gateway @ KLIA2 adalah sebuah lapangan terbang - dalam- pusat membeli-belah kompleks bersepadu yang menjadi tuan rumah tempat letak kereta 8 tingkat yang secara langsung bersebelahan KLIA2. Terdapat 6,000 tempat letak kereta yang dilindungi di Blok A dan B dan satu lagi 5,500 lot di tempat letak kereta D. Shuttle bas disediakan untuk mengambil orang ramai dari tempat letak kereta D ke terminal. Kadar letak kereta bagi kemudahan tempat letak kereta yang dilindungi di KLIA2 adalah RM4 sejam bagi yang pertama 3 jam, dan sehingga kadar harian maksimum RM46 . 

Syarikat-Syarikat Penerbangan





Malaysia Airlines (Penerbangan Malaysia) merupakan syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charterSyarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax. Penerbangan Malaysia telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya. Tengku Azmil Zahruddin merupakan Pengarah Urusan dan CEO Malaysia Airlines. Slogan syarikatnya ialah 'Going Beyond Expectations, "MH" is more than just an airline code; is Malaysian Hospitality;'. Bukan itu sahaja, Penerbangan Malaysia juga mempunyai subsidiari seperti Firefly, MASwings dan MASkargo. Secara tuntasnya, Penerbangan Malaysia merupakan syarikat penerbangan yang unggul dan terkenal di pentas dunia.



AirAsia ialah syarikat penerbangan nasional kedua Malaysia. Berpangkalan di Malaysia, AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di  Asia. Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-HICOM, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau. Tony Fernandes merupakan CEO syarikat penerbangan AirAsia. Slogan syarikatnya ialah 'Kini Sesiapa Boleh Terbang'. Kejayaan yang diperoleh oleh AirAsia terbukti kemampuan dan kebolehan rakyat Malaysia dalam bidang entrepreneur.

Akhirulkalam, sistem pengangkutan di Malaysia kini sedang berkembang dengan pesat dan sedang menuju ke arah bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Kementerian Pengangkutan komited untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam kepada bertaraf dunia terutama di Lembah Klang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pengangkutan

Sistem pengangkutan jalan di Malaysia boleh dicabangkan dengan lebih lanjut kepada beberapa kategori, iaitu bas, teksi, dan kereta api.

Sistem Pengangkutan Bas




Lazimnya, terdapat pelbagai syarikat bas di Malaysia. Sebagai contoh, RapidKL, Metrobus, Len Seng, Transnasional dan sebagainya. Antara syarikat bas yang terbesar dan terkemuka ialah RapidKL yang mengendalikan 179 perjalanan bas di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2005, RapidKL membawa kira-kira 190000 penumpang sehari. Secara tuntasnya, perkhidmatan bas di Malaysia menawarkan jalan pengangkutan yang mudah didapati dan murah dengan harga yang berpatutan.

Sistem Pengangkutan Teksi Bermeter




Pengangkutan teksi merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem pengangkutan Malaysia. Secara umumnya, teksi-teksi yang terdapat di negara Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang bermodel Proton Saga BLM 1.6, Proton Iswara,  Proton Wira, Proton Waja dan Naza Citras, dan berwarna merah dan putih. Teksi-teksi di Malaysia mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan   menggunakan meter. Kadarnya bermula daripada RM3.00 dan meningkat RM0.10 setiap 150 meter. Teksi Malaysia boleh didapati dengan mudah dan mereka memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam sistem pengangkutan Malaysia.

Sistem Pengangkutan Kereta Api


Secara keseluruhannya, pengangkutan kereta api yang didapati di Malaysia boleh terdiri daripada LRT (Light Rail Transit) yang boleh dibahagi kepada Kelana Jaya Line dan Ampang Line, KL Monorail, KLIA Express, KLIA Transit, dan KTM (Keretapi Tanah Melayu). KTM mempunyai rangkaian terbesar yang menyeluruh di Peninsular Malaysia yang mempunyai panjang laluan keretapi 1699 km, manakala perkhidmatan keretapi yang lain tertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja.

Kesemua pengangkutan keretapi tersebut menawarkan perkhidmatan yang murah dan selesa.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pendidikan




Kerajaan melaksanakan empat strategi bagi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Menurut bekas perdana menteri, Tun Abdullah, Pelaksanaan strategi ini dilakukan kerana kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan ilmu pengetahuan serta pendidikan demi kebaikan negara serta pembangunan individu.

"Empat strategi yang akan dilaksanakan ialah pertama, polisi dan infrastuktur pendidikan mengcukupi, kedua, negara perlu mengiktiraf kepentingan untuk mengantarabangsakan sektor pendidikan. Ketiga, Malaysia perlu mengiktiraf perkembangan pembangunan teknologi terkini, dan keempat, mengekalkan standard serta kualiti perkhidmatan pendidikan."katanya.





"Saya juga mahu lebih banyak universiti ternama dunia membuka cawangan di Malaysia bagi memastikan Malaysia mencapai status pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Matlamat utama dalam mencapai hasrat ini adalah pada 2010 Malaysia mahu menarik lebih 100,000 orang pelajar asing belajar di negara ini," katanya.

Beliau juga meminta universiti-universiti ternama yang telah membuka cawangan di Malaysia dapat membantu meningkatkan kualiti pensyarah-pensyarah negara.

Katanya, Universiti Nottingham misalnya perlu meningkatkan jumlah pensyarah rakyat Malaysia dan dapat menhantar mereka mengajar di United Kingdom atau cawangan-cawangan lain seperti di China.

Menurut Abdullah, dengan cara itu, kualiti serta standard pensyarah rakyat Malaysia akan dapat ditingkatkan dan diterima oleh negara-negara lain.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Warisan Kebudayaan



Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah MelayuCina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama BuddhaTaoisme atau Kristian, berbahasa MandarinHokkienHakkaKantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur TamilMalayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum SikhSerani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaranyang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang,serulinggong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada ThaiIndia, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulitsilat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pelancongan



Menghirup udara segar, berjalan di persisiran pantai sambil melihat keindahan alam dan menanti lewat petang menjelma untuk menyaksikan matahari terbenam.Semua ini dapat anda nikmati di Malaysia.Sektor pelancongan di negara ini telah diiktiraf sebagai pusat industri yang terbaik di Asia Tenggara.Walaupun ada yang menyatakan rasa kebimbangan tentang penurunan pendapatan mereka dalam ssektor ini sehigga 30-40% pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas,ini masih boleh dibanggakan dengan kedudukan Malaysia dalam 'Top 5' di Asia Tenggara.
Kempen-kempen perlancongan domestik untuk meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam bidang ini adalah seperti kempen 'zoom!Malaysia' yang dipromosikan oleh pihak Tourism Malaysia harus dimanfaatkan sepenuhnya.Pada tahun ini kerajaan Malaysia telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi mempromosikan kempen 'Tahun Melawat Malaysia 2014'.




Banyak kelainan dan keunikan di Malaysia yang telah menjadikan Malaysia cemerlang dalam bidang ini. Kecemerlangan ini tidak lagi boleh disangkal dan telah menjadi kecemburuan negara lain.Kami berharap dan berdoa agar hari-hari mendatang bakal menjadikan industri perlancongan kita terus maju dan cemerlang di persada dunia.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Pertanian





Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan 
perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. 

Perkembangan Sektor Pertanian pada masa kini



Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang perubatan

Penggunaan Lintah dalam Rawatan
Apabila perjalanan darah tersekat pengalirannya ke jantung, serangan jantung akan berlaku dalam sekelip mata. Sekiranya perkara ini tidak dapat dirawat dengan betul dan pantas, kekurangan udara akan berlaku dan akibatnya otot jantung akan berhenti berfungsi.Pesakit yang mengalami koronari trombosis perlu menjalani rawatan berjadual dengan ejen pencair darah seperti Aspirin atau Heparin demi untuk mengelakkan serangan lanjutan. Namun bahaya tetap ada, rawatan tersebut tidak dapat memberi kesan efektif sehingga 100 peratus.
Penyelidik NZ di Green Lane Hospital Auckland mengusahakan masalah ini. Mereka telah mengkaji kesan dari kaedah perubatan baru yang dipanggil Bivaldurin melalui percubaan kaedah klinikal. Apa yang mereka dapati, bahan tersebut merupakan tindakan perubahan genetik enzim Hirudin, yang terdapat didalam air liur lintah. Bivaldurin mempunyai sifat mencegah kelikatan dalam jangkamasa yang lama dan mengurangkan keberangkalian serangan jantung kepada satu pertiga. Asas perubatan enzim air liur lintah telah dikenalpasti memberi kesan 30 peratus lebih efektif daripada pengunaan Heparin.


Tentu saja kita akan menjerit melihat lintah merayap di tubuh, malah jijik jika pacat melekat pada kasut atau stokin, kita pasti menjerit.
Tapi ramai yang tidak mengetahui, lintah dalam famili Hirudinidae dan nama saintifiknya Hirudo medicinalis mempunyai enzim yang dapat menahan darah daripada terus membeku semasa gigitannya justeru melancarkan peredaran darah.
Malah pelbagai artikel mengenai perubatan menggunakan lintah boleh didapati dalam Internet.
Walaupun penggunaan lintah dalam perubatan dilupakan sekitar 1850-an tetapi telah dipopularkan semula.Lintah telah digunakan sejak berzaman dalam bidang perubatan terutama untuk membuang ‘darah kotor’ dalam badan.
Kini, lintah digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memulihkan pengedaran darah dalam tisu seperti di jejari dan telinga.
Agen anticoagulant atau anti pembekuan darah yang ada pada lintah juga amat berguna dalam pembedahan bagi membolehkan tempat yang dibedah sentiasa terbuka.
Lintah akan menghisap darah kotor pada badan pesakit yang mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Lintah akan dibiarkan menghisap darah sehingga kenyang dan berhenti sebelum luka dibersihkan menggunakan antiseptik.
“Antara masalah yang dirawati menggunakan kaedah tersebut adalah masalah senggugut, gout, sakit kepala, sakit pinggang, bengkak, resdung, kencing manis dan barah payu dara,”


Senggugut atau premenstrual dysphoric disorder/dysmenorhoea merupakan sakit yang timbul ketika kedatangan haid. Senggugut boleh dibahagikan pada dua jenis, iaitu senggugut primer dan senggugut kedua.
Senggugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Senggugut ini kebiasaannya dialami seseorang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Selain mengalami sakit perut, penghidap senggugut juga akan mendapat sakit kepala, badan berasa seram sejuk, tidak lalu makan dan bagi yang kronik akan disertai dengan muntah atau cirit-birit.
Bagi penghidap senggugut, kedatangan haid boleh menyebabkan fobia atau ketakutan kerana terpaksa menderita lagi akibat sakit perut yang keterlaluan.
Masalah senggugut boleh dirawat atau dikurangkan menggunakan kaedah tradisional. Salah satu di antara kaedah alternatif yang popular pada masa kini ialah dengan menggunakan lintah.
Bekam lintah antara yang disediakan bagi pakej rawatan senggugut yang turut mengandungi bertangas dan urutan refleksologi.
Melalui rawatan ini, selepas bertangas kaki pelanggan akan diurut refleksologi selama setengah jam menggunakan keratan rotan yang ditekan pada poin-poin tertentu bagi melancarkan sistem saraf tubuh.
Seterusnya, beberapa ekor lintah akan dilepaskan pada permukaan kulit yang telah disapu dengan alkohol. Lintah akan ‘bertugas’ menghisap darah kotor dalam tempoh tertentu sebelum gigitan dicabut.

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Sukan

Datuk Lee Chong Wei



Datuk Lee Chong Wei, sudah tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia. Beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia dengan bakat beliau yang telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton.

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup mengambilnya sebagai anak muridnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun telah didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia.

Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.

Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.

Datuk Nicol Ann David



Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di dunia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah, beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah diSekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang. Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.

Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.